Oleh TL ANG
BARU-BARU ini dalam mesyuarat majlis Persatuan Kriket Malaysia (MCA), presidennya, Tunku Imran Tuanku Ja'afar terpaksa menahan sebak kerana menghadapi tekanan daripada ahli gabungan. Paling teruk daripada anggota majlis eksekutifnya sendiri, Ridzuan Manivanan Abdullah yang juga Presiden Persatuan Kriket Melaka. Teruk Tunku Imran kena maki lantas beliau meluru keluar setelah mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden.
Tetapi bekas timbalannya yang juga Presiden Majlis Kriket Johor (JCC), Datuk Dr. Harjit Singh memujuknya untuk kembali mempengerusikan mesyuarat sekali gus menarik balik keenggannya memegang jawatan presiden. Dan Tunku Imran menangis terisak-isak. Nampaknya beliau masih diperlukan sekarang. Anggota majlis MCA sekarang tinggal enam orang sahaja daripada 10 . Empat 'terkeluar'... satu meninggal dunia dan tiga lagi meletakkan jawatan. MCA dikatakan kucar kacir dalam kepemimpinan dan menghadapi masalah kewangan serius.
Ridzuan Mani pula dikatakan bakal dibuang daripada jawatannya dalam majlis MCA. Usul pembuangannya mendapat sokongan 10 anggota gabungan kerana terlalu celupar dan memaki hamum ahli gabungan dan anggota majlis eksekutif termasuk Tunku Imran menerusi internet. Ridzuan, orang baru dalam kepemimpinan kriket merasakan dia boleh mengetuai kumpulan untuk menumbangkan Tunku Imran tetapi nampaknya 'kegarangannya' itu telah memakan diri sendiri.
Pada 24 April ini, empat lagi jawatan kosong MCA akan diisi berpandukan perlembagaan; iaitu lapan bulan sebelum mesyuarat agung tahunan. Setiausahanya, Sivanandan Chinnadurai cuba mendapatkan sekutu rapat bagi pengisian itu. Antaranya Muralitharan Veerasamy (Pulau Pinang), Lt. Kol Gerard Denis Singam (Tentera), Wilfred Abraham (Kuala Lumpur) dan Dr. Ramli Tahir dari Labuan. Aneh, Sivanandan tidak lagi mengharapkan 'orang kanannya' dari Pahang dan Selangor buat masa sekarang.
Inilah MCA, jarang sekali mereka membincangkan pembangunan untuk menjadi kriket antara sukan yang mendapat perhatian di negara ini. Soal pembangunan diletakkan pada tanggungjawab Persatuan Kriket Melayu Malaysia walaupun ramai yang tidak senang dengan kewujudan pertubuhan itu sejak tahun 1993.
MInggu lepas, dua bekas pegawai MCA yang meletakkan jawatan akhir tahun lepas, Mahinda Valipuram (naib presiden) dan S. Gopal (anggota majlis) memanggil Sivanandan untuk 'berbincang' kalau-kalau bersetuju dengan cadangan mereka untuk kembali dan mendapat restu bagi jawatan sama. Mereka mencadangkan banyak perkara perlu diperkemaskan lagi agar MCA benar-benar menjadi sebuah badan induk. Sivanandan tidak bersetuju kerana perancangan kedua-dua pegawai itu untuk menumbangkan kepemimpinan MCA berikutan taktik peletakan jawatan mereka dahulu tidak berjaya.
Mahinda dan Gopal berhenti dengan harapan suatu mesyuarat agung luar biasa dimohon oleh gabungan untuk mewujudkan pemilihan baru. Ada beberapa kerat rakan karib mereka berkempen tetapi tidak berjaya kerana ramai tidak meyakini 'permainan' itu. Akhirnya mereka terpaksa berpolitik untuk berbincang dengan Sivanandan kalau-kalau perangkap mereka dapat menjerat Sivanandan. Tidak semudah itu kerana
Sivanandan difahamkan individu yang amat pandai menjerat rakan sendiri.
Mudah-mudahan Tunku Imran bersedia untuk menghadapi pelbagai dugaan ini. Putera bekas Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Almarhum Tuanku Ja'afar itu sudah berjanji untuk menamatkan khidmatnya dalam MCA pada mesyuarat agung akan datang. Siapa penggantinya? Pilih mereka yang berwibawa dan boleh menyelesaikan segera hutang MCA.
Tunku I am sorry to hear the brutal attack by Ridzuan Manivanan Abdullah of Melaka. Cricket as I understand is a gentlemen's game played by ruffians like this Ridzuan chap.
ReplyDeleteTunku, I think you failed in one thing, you forgot to bring your side kick with you from OCM.Only if you got the experience conniving Sec Gen, he will eat this Ridzwan Abdullah for breakfast. I say don't resign yet, pay more attention to your pet game but this time bring your gun slinger with you. You still have a lot to contribute to Cricket.