Friday, April 30, 2010

Luahan hati Adam

Nama saya Mohd Adam Das Abdullah, penulis surat yang disiarkan dalam blog ini.

Mr.Joe, terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah menerbitkan sebahagian daripada surat saya kepada menteri di dalam blog tuan.Pengalaman ini adalah pertama kali buat saya.Saya percaya tuan telah memperkenalkan saya kepada dunia blog yang sebenar.

Sudah berpuluh tahun saya berkecimpung di dalam dunia tenis,sejak dibangku sekolah rendah saya menjadi "ball boy" tenis dan apabila pemain-pemain berehat, saya meminjam reket dan meniru cara mereka bermain. Minat saya mula memutik dan saya berusaha untuk mencari peluang untuk bermain. Saya bernasib baik kerana telah mendapat peluang tersebut apabila saya mendapat tempat di Sekolah Sultan Abbul Halim,Jitra Kedah.

Saya berjaya mewakili sekolah dan mendapat tunjukajar bermain tenis daripada Che gu Syed Abu Bakar dan telah menghadiri seminar di bawah kelolaan mendiang En.Durbara Singh.

Kerana minat yang mendalam saya terus aktif bermain tenis,ketika di universiti dan seterusnya ketika berkerja di Jabatan Kastam, saya telah memenangi beberapa kejohanan kecil diperingkat universiti dan jabatan kerajaan.

Untuk meningkatkan prestasi tenis, saya telah mengikuti kursus kejurulatihan dan saya memiliki beberapa sijil kejurulatihan dan saya turut menjadi ahli jawatankuasa JLTA awal 1980an.

Pada 1989 saya mendapat seorang anak lelaki yang namanya Shafique Dassila, dilahirkan tidak cukup bulan dan beratnya 1.8kg dan beliau mengalami masalah saluran pernafasan dan saluran permakanan. Doktor terpaksa menbedah bayi yang baru berusia tiga hari,dan memberi peluang untuk terus hidup kurang dari 20 peratus, namun nyawa Shafique berjaya diselamatkan dengan peluang 20 peratus itu.

,Shafique bersabung nyawa untuk terus hidup, beliau dibebani dengan berbagai komplikasi yang hampir hampir menghapuskan 20 peratus peluang hidup.

Shafique yang kerap terlantar di hospital diperkenalkan kepada dunia tenis pada usia 10 tahun,dan ini permulaan fasa kedua tenis di dalam hidup saya. Saya melatih Shafique dan adiknya Shahrizan hampir setiap hari, saya menyewa gelanggang Majlis Daerah di Batu Pahat.

Kerana perkembangan tenis kedua dua mereka memberangsangkan saya membawa mereka beradu di dalam kejohanan kejohanan tempatan, dan mereka berjaya menjuarai beberapa kejohanan tempatan, pada masa yang sama perkembangan akademik mereka menyerlah dan penguasaan Bahasa Inggeris amat membanggakan hingga menjuarai Debat Bahasa Inggeris Kebangsaan pada 2006.


Dan, pada 2008 kedua dua mereka melanjutkan pelajaran keAmerika.

Saya telah berusia lebih separuh abad, dan telah melalui berbagai liku hidup, tenis telah memberi pengalaman manis di kalangan ahli keluarga saya. Anak saya, Shamirul dan Suhana sekarang Ranking 1,pemain lelaki dan perempuan bawah 10 tahun, dan seorang lagi anak saya Suzana Ram Ranking 1perempuan bawah 18 tahun.

Saya dapati banyak kepincangan dari pentadbiran LTAM melibatkan beberapa orang pegawai dalam persatuan itu dan mereka perlu diganti dengan orang-orang yang lebih bertanggung jawab.

Terdapat "pengolakan sulit" di dalam pentadbiran, terdapat pilih kasih di dalam pemilihan pemain. Anak anak saya jauh bernasib baik jika dibandingkan dengan kanak kanak yang lain yang bermain tenis dan saya telah menulis surat supaya pihak pihak yang terlibat membuka mata kerana blog Mr.Joe marcose telah membuka peluang untuk kita saling bertukar pemikiran semata mata untuk masa depan tenis.

No comments:

Post a Comment