Institut Sukan Negara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Seminar Sains Sukan Bersama MSNJ-ISN-UTM pada 29 Julai 2010 bertempat di Dewan Gemilang, MSNJ. Seminar ini telah di rasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Tn. Hj. Ismail Abd. Rahman.
Seminar ini bertujuan untuk menyampaikan seberapa banyak maklumat dan input selain memperlengkapkan jurulatih dan pegawai dengan pengetahuan mengenai aspek sains sukan dan kejurulatihan.
Seramai 65 orang peserta terdiri daripada jurulatih sukan, pegawai sukan dari pelbagai jabatan dan institusi serta wakil dari universiti tempatan telah menghadiri seminar ini. Selain itu, seminar ini juga telah di hadiri oleh pegawai dari Pusat Satelit ISN-Johor dan SSBP, MSNJ dan USPTN Johor.
Antara topik yang di bincangkan adalah Peranan Institut Sukan Negara sebagai Pemangkin Kecemerlangan Sukan di sampaikan oleh Tn. Hj. Md. Saadon A. Shukor, Pengarah Cawangan Pusat Satelit ISN.
‘The Role of UTM in Developing Sport Research Culture and Sport Exercise Towards Excellence In Coaching' di sampaikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Hafidz b. Omar dari Universiti Teknologi Malaysia dan ‘The Importance of Sports Science and Exercise Physiology in Enhancing Performance of The Athletes’ di sampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ken Kazunori Nosaka dari Edith Cowan University.
Rata-rata peserta yang menghadiri seminar ini berpuas hati dengan apa yang telah di sampaikan.
Ramzol Muhammad dari Segamat menyambut baik penganjuran seminar ini. ‘Banyak ilmu yang dapat di pelajari dari pengisian seminar yang di sampaikan. Beberapa perkara baru dapat di ketahui dan mungkin seminar seperti ini perlu di adakan lagi di masa hadapan. Mungkin di buat seminar 2 hari’.
Seminar yang bermula pada pukul 9.30 pagi itu telah berakhir pada pukul 4.30 petang.
No comments:
Post a Comment