Wednesday, August 26, 2009

Sultan Selangor Penaung Kriket Melayu

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima warkah pelantikan sebagai Penaung Persatuan Kriket Melayu Malaysia daripada presiden baru persatuan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Ogos 2009.

Turut hadir dalam majlis ringkas penyerahan warkah berkenaan ialah dua Naib Presiden Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin dan Tan Sri Mohd. Zahid Noordin serta setiausaha agung, Rosmanizam Abdullah.

Majlis Kriket Melayu telah memutuskan pelantikan DYMM Sultan Selangor itu dalam mesyuarat majlis 31 Mac 2009 di Bayuemas Oval, Klang berpandukan peraturan 23 perlembagaan persatuan.

Sedikit perubahan jawatan berlaku dalam kepemimpinan Kriket Melayu selepas kemangkatan
DYMM Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman 27 Disember 2008 yang memegang jawatan presiden sejak tahun 1994.

2 comments:

  1. Fantastic choice for Patron!! Looks like MMCA is set to go places, while the MCA is in labour.

    ReplyDelete