Monday, August 10, 2009

Politiking rosakkan imej PBKL- Badri

Bekas pemangku bendahari Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), Haji Badri Mukri mendakwa pemangku setiausaha persatuan itu, Haji Fazin Saad mempunyai motif tersembunyi apabila mengemukakan laporannya semasa mesyuarat "pre-council" 20 Julai lalu.

"Motif sebenar pihak tuan adalah mengambil kesempatan mengedarkan laporan pemangku setiausaha dengan tujuan menyakinkan ahli-ahli bahawa segala tindakan yang diambil adalah telus dan rasional. Tetapi, yang jelas, banyak isu dimanipulasikan dalam laporan itu," kata Badri dalam suratnya kepada Fazin, Isnin.

"Diperenggan pertama, tarikh mesyuarat majlis sebenar 17 Disember 2008 bukannya 12 Disember 2008 dan tuan dilantik berkuatkuasa mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009. Kenapa laporan itu hanya sebut dilantik pada 1 Januari 2009 sahaja?" tanya Badri yang hadir di mesyuarat "pre-council" iaitu mesyuarat sebelum mesyuarat agung 25 Julai lalu.

Badri seterusnya mendakwa Fazin cuba "menegakkan benang yang basah" apabila membawa Firdaus Haji Arshad dan Musairi Musa untuk berjumpa pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM) dan bukannya salah seorang naib presiden atau timbalan presiden.

"Apa yang tercatat pada surat PPSM adalah meminta Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) dan bukan arahan supaya mesyuarat agung diadakan sebelum 30 Julai 2009. Notis pihak tuan bertarikh 10 Julai 2009 membayangkan seolah-olah mesyuarat majlis pada 13 Julai telah setuju supaya mesyuarat agung diadakan pada 25 Julai. Bagaimana boleh setuju bila korum tidak cukup sama sekali," tegas Badri lagi.

Badri turut mempersoalkan mengenai ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat agung dan sama ada mereka membayar yuran keahlian sebelum 1 Februari 2009 mengikut Fasal 7.1 dab 7.2 serta Fasal 8 Perlembagaan PBKL.

"Saya minta saudara buktikan adanya surat terima jawatan bagi mereka yang tidak hadir tetapi dipilih semasa mesyuarat agung tahunan itu."

Badri juga menyatakan rasa kesalnya apabila Fazin mendesaknya untuk menandatangani kertas kosong atas alasan untuk menyiapkan laporan kewangan.

"Pihak tuan bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu sah atau sebaliknya mesyuarat agung 25 Julai lalu. Saya berdoa semoga PBKL tidak terkubur akibat perbuatan-perbuatan politiking ini, sebaliknya terus maju demi menegakkan imej dan perpaduan di kalangan ahli-ahli majlis," tambah Badri.

No comments:

Post a Comment