Thursday, May 13, 2010

Pemain badminton Malaysia sudah tua

Zaman kegemilangan badminton Malaysia sudah berlalu kerana negara ini terlalu bergantung kepada pemain tua, kata ketua jurulatih China, Li Yongbo.


Malah tegas Yongbo, Malaysia terlalu mengharapkan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang dilihat bersendirian memikul cabaran dan selalu bertindak one man show.

Beliau percaya, pasukannya adalah pilihan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Piala Thomas buat kali keempat berturut-turut, terutama selepas mempamer tiga perlawanan yang mantap.

"Keseluruhannya pemain Malaysia (perseorangan) sudah tua, mereka terlalu mengharapkan Lee Chong Wei untuk memenangi semuanya. Pemain seperti Wong Choong Hann atau (Muhammad) Hafiz (Hashim) tidak boleh lagi diharap, manakala pemain muda mereka pula tidak mencapai standard yang meyakinkan," ujar Yongbo.

Jurulatih China itu yakin, negaranya memiliki opsyen pemain yang lebih banyak dan tidak terlalu bergantung kepada juara Olimpik dan dunia, Lin Dan, sekali gus tidak memberi beban melampau kepada hanya pemain.
Kata-kata Yongbo memang berasas, kerana selain Lin Dan, mereka juga mempunyai Chen Jin (pemain No. 3 dunia), Bao Chunlai (8) dan Chen Long untuk menggalas tanggungjawab dalam kejohanan utama, malah mereka juga memiliki pemain sedang meningkat naik seperti Du Pengyu.

Menurut Yongbo, beliau optimis China tetap akan melangkah ke final Piala Thomas tidak kira siapa lawan mereka pada separuh akhir, malah yakin pasukannya berada pada prestasi tertinggi untuk menjulang kejuaraan ketujuh keseluruhan.

Jika berjaya membawa pulang Piala Thomas dan Uber kali ini, ia bermakna ini kali keempat berturut-turut China itu merangkul kejuaraan berganda, sejak melakukannya pada 2004.

Yongbo yakin, misi bawa pulang gelaran berganda tidak mustahil, kerana pasukannya berada dalam keadaan paling mantap dan meyakinkan, meskipun Lin Dan tampak sedikit bergelut ketika mengalahkan Park Sung Hwan 21-16, 21-15 dalam aksi pembukaan.

"Prestasi pemain kami hari ini lebih baik berbanding ketika menentang lawan yang sama, di gelanggang yang sama semalam. Lin Dan mempamer aksi lebih baik, dengan taktik lebih kemas dan nampak lebih relaks. Saya rasa, permainan kami semalam lebih tegang tetapi tidak hari ini. Keseluruhannya, ada kelegaan ditunjukkan pemain kami selepas melepasi separuh akhir, mereka bermain tenang dan berada pada keyakinan tertinggi untuk mencari kejuaraan," ujar Yongbo.- Utusan.

2 comments:

  1. Yong Bo was spot-on. Betul China juga terlalu mengharapkan Lin Dan dan Chen Jin tetapi pada masa sama mereka sudah ada Chen Long. Sedangkan Malaysia masih menaruh harapan pada Lee Chong Wei (LCW) dan Dato' Lee Chong Wei (DLCW). BAM tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu dan pada saya sepatutnya selepas Olympic Beijing 08 sudah ada usaha menyeluruh untuk mencari pelapis kepada LCW. Malah saya turut terkejut melihat LCW masih menjadi taruhan utama BAM & KBS untuk pingat emas Olimpik 2012. Era Choon Han dan Hafiz juga sudah berlalu justeru saya mengharapkan BAM akan sedar dari lamunan dan mengetengahkan pemain - pemain pelapis dengan lebih kerap.

    XABI ALONSO
    LARKIN

    ReplyDelete
  2. boleh tahan jugalah . haraplah malaysia dapat menang next timelah dengan pemain baru .

    ReplyDelete