Tuesday, October 27, 2009

PBKL penuhi arahan Pesuruhjaya Sukan

Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) akan mengadakan Mesyuarat Majlis ke-5/2009 pada 3 November ini bertempat di Velodrome Kuala Lumpur.

Langkah ini adalah sebagai memenuhi arahan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf supaya PBKL memulakan langkah dalam menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu sejak Mesyuarat Agung 25 Julai lalu.

"Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan dengan wakil-wakil PBKL pada 19 Oktober 2009 yang mana Pesuruhjaya Sukan Malaysia menyerahkan kepada saya selaku Timbalan Presiden supaya memanggil Mesyuarat Majlis melibatkan Ahli-Ahli Majlis sesi 2006-2009.

"Ini adalah sebagai langkah dalam penyelesaian kemelut yang melanda PBKL sejak Mesyuarat Agung 25 Julai 2009 lalu," kata Timbalan Presiden PBKL, Daud Abu Kassim (gambar).

Mesyuarat Majlis 3 Nov ini, antara lain akan membincangkan surat perletakan Jawatan Presiden PBKL, Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim, bertarikh 17 Julai, serta status keahlian PBKL.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung 25 Julai diadakan tanpa mengikut peruntukkan perlembagaan dan atas sebab itu ianya didapati tidak sah dan pemilihan yang dijalankan, terbatal.

No comments:

Post a Comment