Wednesday, June 3, 2009

Zol semakin sembuh




Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Zolkples Embong (gambar) yang semakin sembuh selepas melakukan pembedahan pintasan koronari Ahad 31 Mei 2009, sudahpun keluar dari Unit Rawatan Kardiak dan dimasukkan ke wad biasa, Hospital Ampang Puteri di sini, Selasa 2 Jun 2009.
Keadaan Dato’ Zolkples dilaporkan semakin sembuh selepas menjalani pembedahan lebih tiga jam itu dan kini ditempatkan di bilik 524 hospital berkenaan untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.
Walaupun Ketua Pengarah MSN itu kini boleh dilawati oleh mereka yang mengenali beliau, bagaimanapun doktor memaklumkan bahawa Dato’ Zolkples masih memerlukan rehat secukupnya selepas menjalani pembedahan itu.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohd Yassin Salleh mengumumkan pelantikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN, En Haji Abdul Jalil Abdullah sebagai pemangku Ketua Pengarah MSN sepanjang tempoh cuti sakit Dato’ Zolkples.
Segala urusan berkaitan MSN akan dilaksanakan oleh En Hj Abdul Jalil sehingga Dato’ Zolkples menyambung semula tugasnya kelak.
Dato’ Zolkples dijangka akan diberi cuti sakit antara dua hingga tiga bulan ekoran pembedahan selepas doktor mendapati tiga injap jantungnya tersumbat.
President Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Tengku Makhota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah antara yang melawat Dato' Zolkples hari ini (Rabu, 3 Jun).

1 comment:

  1. semoga cepat sembuh Dato' jangan banyak baca paper esp. back page yang boleh mendatangkan kemudaratan. Same goes dgn front page krn skrg bnyk cerita on the Sultan Mizan Stadium (at your kampung la..)

    ReplyDelete