Wednesday, September 2, 2009

Mesyuarat Agung PBKL: Sah atau tidak?

Pengasas Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) Daud Abu Kassim (gambar) meminta pihak yang tergesa-gesa mengadakan mesyuarat agung tiga tahun sekali persatuan itu supaya menjelaskan sejauh mana kesahihan mesyuarat yang diadakan 25 Julai itu.

Dalam suratnya kepada Haji Jaafar Sidek, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, dan bekas pemangku setiausaha Haji Fazin Saad, Daud ingin mengetahui sama ada dokumen-dokumen dibawah Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) sudah dihantar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM).

"Lazimnya MYKB perlu dihantar dalam 30 hari selepas mesyuarat agung. Saya mahu tahu sama ada minit mesyuarat yang menetapkan mesyuarat agung, penyata kewangan tahunan dan laporan aktiviti tahunan sudah dihantar," kata Daud yang terlibat dalam lumba basikal sejak 1979 lagi.

Daud, seperti juga pemerhati yang lain, mahu melihat bagaimana setiausaha kehormat, Firdaus Haji Arshad mahu menghantar minit mesyuarat majlis yang menetapkan tarikh mesyuarat agung kerana tiada perjumpaan diadakan sebelum notis bertarikh 10 Julai 2009 dikeluarkan.

"Tiada mesyuarat diadakan, sama ada dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Mohamad Noor Abdul Rahim atau saya sendiri selaku Timbalan Presiden. Inilah yang menyebabkan Presiden kami letak jawatan pada 17 Julai," tambah Daud.

Daud juga ingin tahu mengenai penyata kewangan yang perlu dihantar kepada PPSM.

"Pemangku Bendahari, Haji Badri Mukri belum menyiapkan laporan 2006- Jun 2009 dan itu merupakan faktor yang menyebabkan mesyuarat agung tidak dapat diadakan sebelum 30 Jun, seperti yang termaktub dalam perlembagaan PBKL.

"Tiga dokumen ini adalah antara enam dokumen yang perlu dihantar kepada PPSM sebagaimana dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997," tegas Daud lagi.

Tiga dokumen lain adalah minit mesyuarat agung, senarai ahli jawatankuasa terkini dan Borang PT 1.

Daud turut menarik perhatian bahawa, meneurut Fasal 13.4 perlembagaan PBKL memperuntukkan bahawa notis mesyuarat agung harus dikeluarkan 15 hari sebelum mesyuarat dan notis itu harus disertai salinan penyata kira-kira tahunan yang lalu yang sudah diaudit.

"Dan notis juga hendaklah secara bertulis oleh Setiausaha Kehormat. Minit mesyuarat majlis 13 Julai juga tidak sah kerana sekurang-kurangnya setengah daripada ahli hendaklah hadir bagi mencukupkan korum mesyuarat."

Menurut Daud, ini ada bukti wujud "manipulasi" bagi memenuhi agenda peribadi.

"Sedar atau tidaki PBKL seperti gantung tidak bertali dan kumpulan komplot yang bertanggungjawab atas keadaan ini. PPSM sedang siasat aduan saya pada 23 Julai lalu manakala Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewab Bandararaya KL sedang kaji semula perjanjian urus dan tadbir velodrom.

"Semua ini berlandaskan aspek legaliti mesyuarat agung itu. Saya sarankan ahli kumpulan yang bertanggungjawab atas hal ini tidak mengambil pendekatan selamat dengan lepas tangan, sebaliknya harus berikhtiar memulihkan kembali imej PBKL," tambah Daud.

No comments:

Post a Comment