Tuesday, September 15, 2009

MCA semakin parah

PERSATUAN Kriket Malaysia (MCA) semakin parah. Minggu lepas naib presidennya, Mahinda Valipuram dan anggota majlis, Gopal Sreneevasan meletakkan jawatan kerana kurang yakin dengan pucuk pimpinan persatuan itu yang diketuai oleh Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Dan dalam mesyuarat majlis Ahad lepas, Presiden MCA Tunku Imran memohon pertimbangan semua ahli majlis agar merayu dua 'orang kuatnya' agar menarik balik peletakan jawatan itu.

Tetapi wakil Johor, Datuk Dr. Harjit Singh dan wakil Negeri Sembilan, Clarence Samuel tidak bersetuju dengan Tunku Imran kerana pada hemat mereka, ketiadaan kedua-dua anggota berkenaan boleh diganti dengan pemimpin lain yang lebih berwibawa dan sanggup bergelumang dengan masalah yang telah menimpa MCA.

MCA menghadapi pelbagai masalah buat masa ini terutama sekali kesempitan kewangan yang banyak membantutkan pergerakan pertubuhan berkenaan. Gelanggang yang dipajak daripada I & P Group Sdn. Bhd., Kinrara Oval juga difahamkan bakal terlepas ke tangan pemiliknya itu kerana telah berhutang bayaran cukai pintu berjumlah melebihi setengah juta ringgit.

Difahamkan daripada sumber terdekat, Tunku Imran mula tidak diyakini sekutu kuatnya, Mahinda dan Gopal Sreneevan. Bagi mereka Tunku Imran hanya boleh bercakap tanpa mendatangkan apa jua manfaat dari sudut kewangan.

Tentunya ketiadaan dua orang kuat itu akan memastikan Tunku Imran tersungkur tanpa sekutu yang boleh dipercayai dalam kabinet MCA.

''Nampaknya buat masa sekarang Tunku mungkin mengikat persefahaman secara rahsia dengan pegawai-pegawai Kriket Melayu yang teguh baik dalam segi kepimpinan dan kewangan.

''Tetapi saya tidak nampak Kriket Melayu bersedia untuk bersahabat dengan Tunku kerana anak raja Negeri Sembilan ini dilihat sebagai liabiliti kepada mereka tanpa apa-apa faedah untuk masa depan kriket.

No comments:

Post a Comment