
Pesuruhjaya Sukan, Datuk Nik Mahmud Nik Yusuf (gambar) berkata, pihaknya telah menemui kedua-dua pihak terlibat dan siasatan telahpun selesai.
"Saya kira dalam minggu ini kami akan menghantar surat kepada pihak-pihak berkenaan bagi menyampaikan beberapa perkara yang perlu dilakukan segera," kata Datuk Nik ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Isnin.
Apabila ditanya sama ada mesyuarat itu sah atau sebaliknya, Datuk Nik sekadar menjawab: "Kes ini clear cut dan kami telah menyiapkan siasatan dan kemukakan surat resmi kepada mereka yang terlibat."
Isu PBKL ini tercetus apabila pihak-pihak tertentu mengadakan mesyuarat agung itu tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dalam perlembagaan PBKL.
Dalam perkembangan lain, PPSM telah meluluskan perlembagaan baru Persekutuan Kebangsaa Berbasikal Malaysia (PKBM) baru-baru ini. Ini bererti PKBM diberi lampu hijau bagi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk memilih exco yang baru.
No comments:
Post a Comment