Pengasas Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) Daud Abu Kassim meminta semua pihak supaya menghormati keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM) yang mengisitiharkan Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali pada 25 Julai lalu sebagai tidak sah.
"Saya baca di blog Fair Play News dan dapat tahu tentang keputusan tersebut. Saya juga dimaklumkan bahawa pihak PPSM telahpun kirim surat ke pejabat PBKL di Velodrom KL melalui faks dan pos.
"Surat itu, saya difahamkan lagi, mengandungi garis panduan yang perlu dilaksanakan sebelum mesyuarat agung diadakan semula," kata Daud (gambar), Ahli Seumur Hidup PBKL.
Daud lahirkan rasa kecewanya dengan sikap orang-orang seperti Haji Jaafar Sidek yang tidak mempersoalkan kesahihan Notis Mesyuarat Agung bertarikh 10 Julai 2009, yang dikeluarkan tanpa persetujuan majlis.
"Sebagai Naib Pengerusi, dia seharusnya mempersoalkan notis itu, sebaliknya dia bertindak mempengerusikan mesyuarat berkenaan dan seterusnya mengumumkan bahawa mereka yang tidak hadir tetapi dipilih, telah memaklumkan melalui SMS bahwa mereka setuju terima jawatan.
"Saya kecewa dengan Haji Fazin Saad kerana berdolak-dalik atas keterangannya berhubung kait Laporan Kewangan dan Aktiviti Tahunan. Namun semua "ahli segera" yang hadir hanya mengundi dan diundi pada mesyuarat itu," kata Daud lagi.
Menurut Daud, Haji Fazin masih memegang jawatan Setiausaha Persatuan Lumba Basikal Alor Setar, Kedah ketika memangku Setiausaha Kehormat PBKL dari Januari hingga Jun 2009.
Daud seterusnya menasihatkan pihak-pihak yang terlibat supaya mengambil iktibar daripada peristiwa ini dan telah membongkar politik dalaman kotor yang menggadai maruah PBKL.
"Tindakan tergesa-gesa melantik Setiausaha Eksekutif dan Pengurus Velodrom mahukan Setiausaha Kehormat oleh Presiden, Datuk Malik Mydin, sedangkan statusnya sebagai Ahli Segera, amat melucukan."
Daud seterusnya menyeru kepada Ahli-Ahli yang mencintakan PBKL mengembalikan konsep demokrasi dan keharmonian dalam persatuan itu, yang terjalin sejak 1979.
"Saya ucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada PPSM atas keputusan ini," kata Daud yang kini memegang semula jawatan selaku Timbalan Presiden PBKL.
Salam Aidilfitri utk semua.
ReplyDeleteApa nak jadi dengan PBKL..Harap Sdr Daud Kassim dapat memulihkan kembali ke era kegemilangan yang lampau.. Buat permulaan mungkin perlu bantuan, panduan serta pandangan orang orang seangkatan dahulu saperti Dato Wira Mazlan Ahmad. Kenangkanlah - di zaman itu 3 pembalap basikal dari KL di nobat sebagai Olahragawan Kebangsaan..
Nampaknya bukan aja PBKL yang menghadapi masalah ini...banyak lagi persatuan sukan sedang menghadapinya. akan tetapi ahli2 persatuan ini tidak dapat menyuarakan apa yg sedang berlaku diatas sebab2 tertentu.
ReplyDeleteMaka apa yg telah berlaku di PBKL akan diulangi di persatuan sukan yg lain (ahli mrk mendiamkan diri utk menyelamatkan kedudukan mrk atau mrk dijanjikan kedudukan yg lebih lumayan lg).
Yg binasa ialah atlet dan persatuan tersebut. Yg mengodol kejayaan ialah pemimpin yg korup serta mementingkan kedudukan di dlm persatuan tanpa bekerja.