Monday, July 27, 2009

Wahai Pesuruhjaya Sukan

Berikut adalah isi surat daripada pemangku bendahari Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur (PLBKL), Haji Badri Haji Mukri kepada Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan, Mohd Hatta Saliman. Surat ini bertarikh 27 Julai 2009.

Tuan,
LAPORAN KEWANGAN DAN LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUN SEKALI PBKL (Sijil Pendaftaran Bil. 0161/98 PSM)

Adalah dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu, saya selalu Pemangku Bendahari memohon maaf di atas kelewatan bagi menyiapkan kedua-dua laporan sebelum mesyuarat Agung direncanakan (Fasal 13.4) 'Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 30 Jun tiap-tiap (3) tahun sekali di tempat yang akan ditetapkan oleh Majlis'. Oleh kerana Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali telah diadakan pada 25 Julai 2009 yang mana Notis Mesyuarat Agung bertarikh 10 Julai 2009 yang diedarkan adalah tanpa persetujuan Mesyuarat Majlis terbukti tidak sah sama sekali. Malahan saya dalam proses menyiapkan laporan 2006 hingga Jun 2009 untuk diauditkan 2 orang Juruaudit yang dilantik semasa Mesyuarat Agung pada 22 Januari 2006 lalu.

3. Sepanjang pengetahuan, selaku Pemangku Bendahari Kehormat, tiada seorang Ahli termasuk Ahli Majlis selain saya sendiri yang telah menjelaskan yuran tahunan sebanyak Rm5.00 selewatnya 1 Februari setiap tahun (rujuk Fasal 7.1 dan 7.2). Difahamkan pada mesyuarat Agung (25 Julai 2009) penganjur telah menerima Borang Keahlian Baru bersama Yuran sebanyak Rm5.00, walhal, kebenaran itu melanggar peraturan Perlembagaan (Fasal 7.1 dan 7.2). Untuk makluman, saya telah hadir Mesyuarat Pre-Council 20 Julai 2009 dengan dibekalkan Minit Mesyuarat Majlis 13 Julai 2009 di bawah tajuk MENETAPKAN TARIKH MESYUARAT AGUNG (minit dilampirkan).
Disamping itu, Pemangku Setiausaha Kehormat, Haji Fazin Haji Saad memaklumkan penerimaan surat daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM) memberi notis supaya PBKL mengemukakan maklumat Mesyuarat Agung selewat-lewatnya sebelum 30 Julai 2009.

4. Bagaimanapun, saya ingin menyentuh bebertapa peraturan Perlembagaan yang bertentangan semasa Mesyuarat Agung 25 Julai 2009; contohnya, penerimaan ahli secara segera atau (on the spot membership); barisan ahli majlis dipilih telah didapati tidak hadir mahu pun mengemukakan surat pengesahan penerimaan jawatan masing-masing. Pada pendapat saya yang melibatkan diri dalam PBKL selama 17 tahun, melihat wujudnya politiking dalaman demi kepentingan pihak-pihak tertentu dengan agenda peribadi tersirat akan hancur lebur dalam masa terdekat ini. Oleh hal demikian, terserahlah kepada pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPSM) bertindak segera demi menyelamatkan sitiuasi yang melanda sekarang.

5. Akhirkata, saya berjanji menunaikan tanggungjawab ini dengan menyiapkan laporan-laporan tersebut untuk Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali yang sah diadakan.

Sekian, terima kasih
Saya yang benar,
Haj Badri Haji Mukri
Pemangku Bendahari Kehormat
Ahli Biasa (Yuran dijelaskan).

No comments:

Post a Comment