28 Disember 2009
11 Muharam 1431H
Tuan Hj. Abu Samah Bin Hj. Abd. Wahab
Presiden,
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)
No. 3-24, Jalan PM9, Plaza Mahkota,
75000 Melaka.
Tuan,
BENARKAH PEMBANGUNAN PELUMBA 'ROAD RACES' DITAKUK LAMA
'MNCF CYCLING TEAM' UCI CONTINENTAL TAHUN 2009 DIMANIPULASIKAN
Dengan hormatnya, saya menarik perhatian tuan perkara diatas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, saya menyeru agar pihak PKBM mengrespons kepada surat-surat PBKL terdahulu bukannya 'membisu' seolah-olah Badan Sukan Kebangsaan beranggapan perkara dibangkitkan oleh 'Ahli Gabungan' tidak penting dilayani sama sekali. Namun, 'kritikkan' yang berterusan seharusnya diterima dari aspek realiti mahupun 'politiking dalaman' bahkan pemimpin-pemimpin tertentu disaran memikirkan 'hala tuju' Sukan Berbasikal tanah air seperti isu-isu berikut:-
2.1 SUKAN SEA XXV Laos 2009
Apa yang kelihatan pencapaian pelumba-pelumba 'Road Races' amat mengecewakan 1 Perak (Wanita) dan 1 Gansa (Lelaki) walhal sasaran 2 Emas diauraurkan. Adakah PKBM komited sepenuhnya dalam program 'pembangunan' acara ini berbanding 'Trek' dibawah kelolaan projek Majlis Sukan Negara (MSN) sejak 9 tahun lalu yang terbukti berhasil jika dibandingkan Le Tour de Langkawi (LTdL) sudah 14 edisi (14 tahun) tetapi pencapaian pelumba masih ditakuk lama entahlah, mungkin edisi ke-15 (2010) mempamerkan 'kejutan' nanti.
2.2 'MNCF CYCLING TEAM' UCI CONTINENTAL TAHUN 2009
Isu penubuhan Pasukan ini telah dipertikaikan apabila pelumba PBKL tersenarai dalam pendaftarannya. Ini jelas 'manipulasi' tujuan penyertaan LTdL 2009 tanpa mengkaji 'implikasi' pelumba terlibat khusus menyertai mana-mana Kejohanan Kalender UCI yang bertentangan peraturan teknikalnya. Soal 'Pelumba Continental' pada LTdL dan Jelajah Malaysia 2009 telah pun menimbulkan pemasalahan sebaliknya pihak tuan dan En. Jamaluddin Mahmood (UCI Komisar) enggan perjelaskan 'halal-haram' statusnya. Kenapa 'mendiamkan diri'? Jawablah, semua pihak ingin ketahui 'cara' dilaksanakan. (Rujuk surat-surat bertarikh 18&27 April 2009).
3. Seperkara lagi, saya memohon jasabaik pihak tuan supaya arahkan Setiausaha Kehormat PKBM (Hj. Ibrahim Mustapha) menjawab surat-surat 'ditandatangani' setelah menyedari 'input' diperoleh melalui 'cakap-cakap Kedai Kopi' antara Datuk Naim Datuk Mohamad (politikkan maklumat) dengan penyampainnya En. Jamaluddin Mahmood bersama En. Adnan Abdullah dan En. Firdaus Arshad (Ahli Majlis) yang dilabelkan Hantu Raya PBKL sebelum ini. Dulu komplot tapi sekarang dah ada yang belot! Bagaimanapun, individu-individu dimaksudkan dilihat sendiri di Velodrom kendenderaan-kenderaan tersebut. Kenapa bersemuka 'pengecut' dan lain pula ceritanya dikaitkan. Ini isu 'fitnah' atau 'pertuduhan palsu' motif disebaliknya. Beginilah, cara hendak hidup dalam Sukan Berbasikal dengan sikap berpura-pura atau 'hipokrit' lazimnya.
4. Sepertimana pihak tuan maklumi, saya telah melibatkan diri dalam Sukan Berbasikal sejak tahun 1979 selaku 'Pengasas' kepada PLBWP/ PLBKL. PBKL manakala PKLBM/PKBM tahun 1981 kini,menghadapi senario 'politiking' yang melibatkan '2 orang Komisar Antarabangsa UCI' iaitu En. Jamaluddin Mahmood dan Hj. Fazin Hj. Saad atas niat keua-duanya menyertai PBKL sebagai 'platform' dalam memenuhi matlamat agenda peribadi masing-masing. Lihat sajalah, 'memporak-perandakan' kerharmonian dan imej organisasi sedangkan terdapat '3 orang Komisar Antarabangsa UCI' di negara ini. Sebagai contoh, Hj. Fazin Hj. Saad baru 6 bulan telah pun rancang 'rampasan kuasa' dan 'taktik kotor' manakala En. Jamaluddin Mahmood berjaya 'sabotaj' undangan Pasukan Kuala Lumpur ke 'Tour de Singkarak' Sumatera Barat, Indonesia dengan mempengaruhi pihak penaja utama ketika itu. Sesungguhnya dilantik 'Pengarah Teknikal' pada LTdL 2010 tidak hairanlah sebilangan tenaga kerja adalah 'kroninya' semata-mata.
5. Isu penganjuran LTdL 2010 dipahamkan, penawaran PKBM dan Ten Speed Events Sdn. Bhd. ditolak oleh Kementerian Belia dan Sukan tetapi penglibatan En. Jamaluddin Mahmood dikatakan 'pakar' dalam undang-undang 'UCI Cycling Regulations' tanpa ambil kira insiden-insiden teknikal telah berlaku semasa PTdL dan Jelajah Malaysia 2009 lalu. Oleh hal demikian, pihak PKBM perlu mengesahkan sama ada perlumbaan 'Criterium' sebahagian dari acara 'Road Races' atau 'Tour' memandangkan tahun ini LTdL dan Jelajah Malaysia wujud acaranya. Begitu juga, isu 'Criterium' jika tidak didaftarkan dalam Kalendar UCI bolehkah 'Pelumba Continental' menyertainya? Ini peraturan penting, makanya semua pihak termasuk pelumba patut dimaklumkan terlebih dahulu.
6. Akhir kata, saya sarankan semoga kepimpinan PKBM bertindak serius dalam isu 'pembangunan' acara 'Road Races' demi menegakkan imej Sukan Berbasikal dan negara amnya.
Sekian, terima kasih.
KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN BERBASIKAL NEGARA
Saya yang ikhlas,
(DAUD ABU KASSIM) (Gambar)
Timbalan Presiden, PBKL
No comments:
Post a Comment