Dalam dunia komersial aset termasuk harta dan pelaburan-pelaburan lain selain tenaga kerja. Di Sukan juga ada “aset” dan pengelolaannya dengan efektif boleh membawa impak kepada masa depan sukan negara.
Satu “aset” yang hampir terabai adalah bekas jaguh-jaguh sukan negara. Majoriti daripada mereka mempunyai karisma dan kewibawaan selain passion untuk mencurahkan khidmat demi kemajuan sukan.
Biasanya, trend ada yang ada sekarang ialah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya. Ini termasuk darjah kebesaran, skim kebajikan dan mungkin juga dimasukkannya dalam Dewan Kemashyuran. Semua ini memang bagus sebagai penghargaan.
Namun kita selalu lupa untuk menghomati kejayaan mereka dan penghormatan yang terbaik bagi boleh diberikan ialah dengan memberi kesempatan untuk berkhidmat sama ada dengan beri nasihat atau terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi hingga ke yang tertinggi.
Mendiang Dato’ Ho Koh Chye pernah menyatakan bahawa penghormatan terbesar yang negara berikan kepadanya adalah apabila diberi kepercayaan selaku Chef De Mission ke Sukan Olimpik 2008 di
Jaguh badminton, Tan Yee Khan dengan bangga sering menceritakan bagaimana pasukan
Shaharudin Jaffar, pelumba basikal pertama untuk memenangi pingat emas di
Beliau juga mewujudkan Panel Pengerak Sukan Lumba basikal atas iniatif sendiri dan sekarang memberi nasihat dan bimbingan kepada kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan yang minat menubuhkan pasukan lumba basikalnya.
Baru-baru ini banyak yang dilaporkan mengenai keadaan pasukan lebuh raya negara. Shaharudin dan jaguh-jaguh lain seperti Daud Ibrahim boleh membantu memperbaikki keadaan ini. Namun, belum ada usaha seperti itu.
Baru-baru ini
Jaguh-jaguh sukan ini boleh memainkan peranan sebagai kumpulan yang mengkaji sistem di satu-satu negara dan beri cadangan mengenai bagaimana ia boleh dipraktikan di negara kita.
Mereka juga boleh diberi tugas untuk memantau dan mengenalpasti bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. Kepakaran dan pengalaman mereka sangat perlu untuk menilai bakat-bakat mana yang harus dimasukkan dalam projek-projek spesifik seperti Olimpik 2016 dan atau diserapkan ke program pelapis serta Sekolah Sukan.
Program Pelapis dan Sekolah Sukan sangat perlu bagi masa depan sukan namun ia tidak mungkin efektif apabila perkembangan di akar-umbi tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Sekarang ini hanya sekumpulan kecil jaguh-jaguh lalu diberi kesempatan untuk berkhidmat demi kebaikkan sukan. Mereka tidak berpeluang berkhidmat dengan memegang jawatan dalam Persatuan-persatuan kerana sering dihalang oleh peruntukkan-peruntukkan dalam perlembagaan yang kononnya bertujuan melindungi badan itu.“Aset Sukan Negara” sudah lama terabai, mungkin sudah sampai waktunya untuk perubahan. Sukan harus dikendalikan oleh orang sukan.
Don't doubt what you believe. Doubts are meant to be doubted. Beliefs are meant to be believed.
Sunday, May 31, 2009
Hormati "aset" sukan negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment