Gandingan pemain berpengalaman dengan bakat-bakat baru yang sedang meningkat menjadi sandaran utama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengungguli kempen Liga Perdana 2012 yang bakal membuka tirai saingannya, 13 Januari depan.
Pengurusan pasukan ATM menyenaraikan lapan pemain dari Liga Super serta dua pemain import yang berpengalaman dengan saingan Liga Malaysia untuk berganding dengan lima pemain muda untuk memikul misi layak ke Liga Super musim seterusnya.
Lapan bintang Liga Super yang bakal menyarung jersi ATM musim ini terdiri daripada Aidil Zafuan Radzak dan adik kembarnya, Zaquan Adha Radzak, Hairuddin Omar, Irwan Fadzli Idrus, Farizal Harun (kesemuanya dari Negeri Sembilan), Azmi Muslim (Kedah), Rezal Zambery Yahya (Johor FC) dan Danial Fadzly Abdullah (Kelantan).
Dua pemain import yang dimaksudkan itu pula ialah penyerang dari St Vincent, Marlon Alex James, 35, yang pernah membantu Kedah muncul juara treble pada 2007 dan 2008 serta pemain tengah dari Argentina, Bruno Sebastian Martelotto, 29, yang menjadi tunjang MPPJ FC ketika muncul kelab pertama bergelar juara Piala Malaysia pada
Tidak cukup dengan itu, ATM turut menampilkan lima lagi muka baru iaitu penjaring terbanyak Liga Perdana 2011, Fitri Omar dari MP Muar, Christee Jayaseelan (PKNS), A Varathan (Sime Darby) serta dua pemain negara pada Sukan Universiti Dunia 2011 di Shenzen iaitu K Reuben (UKM) dan Amiridzwan Taj Tajudin (UiTM).
Hanya tiga pemain dari musim 2011 yang dikekalkan iaitu Rosaiful Nizam Omar, Hardy Charles Parsi dan Yusaini Hafiz Che Saad.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi pencetus kepada ‘penjenamaan semula’ skuad ATM sejak musim 2010 berkata, beliau tidak sesekali berputus asa menghasilkan sebuah skuad yang mantap untuk akhirnya merealiasikan misi melayakkan diri ke saingan tertinggi tempatan iaitu Liga Super.
Berdasarkan kehadiran lapan pemain dari skuad Liga Super dan juga dua pemain import berpengalaman ini, saya cukup yakin ATM akhirnya akan dapat menduduki dua tangga teratas bagi saingan Liga Perdana musim 2012 ini, seterusnya dapat beraksi pada saingan Liga Super 2013.
uot;Cambria","serif"; font-size: 10pt; line-height: 115%;">“Cuma harapan saya, biarlah skuad kali ini mempamerkan tahap permainan terbaik secara konsisten dari awal musim sehingga penghujungnya” katanya pada majlis memperkenalkan pemain skuad ATM 2012 dan pelancaran laman web di Hotel Marriot, Putraja, Isnin (12/12/11).
Bagi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ATM pula, beliau cukup yakin dengan kredibiliti ketua jurulatih, B Satiananthan serta dua pembantunya, Kamaruddin Mohd Noor dan Shahrin Majid serta jurulatih penjaga gol, Abd Hamid Ramli untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap, musim ini.
“Sasaran kita bukan saja untuk mengungguli saingan Liga Perdana, malah cuba untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia musim ini,” kata Zulkifeli.
Sementara itu, Satiananthan, 53, ternyata cukup berkeyakinan tinggi dengan barisan pemain yang dimilikinya itu untuk memastikan skuad ATM benar-benar menggegar pada saingan Liga Perdana 2012.
“Sasaran kita hanya satu iaitu layak ke Liga Super 2013. Kita cuba melihat sejauh mana kita boleh memberikan aksi dan keputusan terbaik pada saingan liga musim ini, seterusnya mengintai untuk mencipta kejutan pada Piala FA dan Piala Malaysia kerana di situ kita berpeluang menguji kekuatan dengan pasukan-pasukan dari Liga Super.
“Dengan adanya pemain-pemain yang cukup berpengalaman dalam liga tempatan serta pemain-pemain muda yang berbakat, ditambah pula dengan kehadiran Marlon dan Martelotto yang kebanyakan pemain dalam skuad ini mengenali corak permainan mereka, saya yakin kita mampu mencapai sasaran.
“Cuma kita perlu lebih serius kerana pastinya ATM menjadi pasukan yang mahu ditewaskan oleh kesemua 11 pasukan lain dalam Liga Perdana dan di sini ia bakal menguji sejauh mana kemampuan kita untuk tampil hebat secara konsisten sepanjang musim,” kata Satiananthan yang pernah bergelar jurulatih kebangsaan.
Satiananthan turut menyenaraikan tiga muka baru iaitu dua penjaga gol, Alif Daud dan Hafizuddin Azuhar serta pemain pertahanan, Aizuddin Ismail yang bakal menyertai tonggak lama seperti Suhhaimi Ishak, Nazri Akui, Venice Elphi Danny Kaya, Abdul Rashid Mahmud dan Rahmad Ahmad.
“Kita akan terbang ke Myanmar pada 13 Disember (esok) untuk tiga aksi persahabatan dengan kelab di sana. Selepas pulang pada 22 Disember, kita akan adakan dua atau tiga lagi aksi persahabatan termasuk menentang pasukan Lions XII,” jelas Satiananthan.
Skuad ATM bakal menjadikan Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya sebagai gelanggang sendiri untuk musim 2012, menggantikan gelanggang mereka musim lalu iaitu Stadium Selayang.
No comments:
Post a Comment