Wednesday, December 28, 2011

CEO Dr. Ramlan Aziz

Sukacita dimaklumkan, Institut Sukan Negara (ISN) ingin mengumumkan Ketua Pengarah ISN yang di sandang oleh Dato' Dr Ramlan Abd Aziz kini telah bertukar nama kepada Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Institut Sukan Negara (ISN) atau Chief Executive Officer (CEO)National Sports Institute of Malaysia (NSI).

Menurut satu kenyataan ISN, Pertukaran nama itu sejajar dengan ISN sebagai satu entiti tersendiri yang memberi fokus kepada perubatan sains dan teknologi sukan di Malaysia serta memberi perkhidmatan sokongan untuk atlet dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat atlet elit dengan menggunakan kaedah saintifik.

ISN juga bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan sains dan perubatan sukan terutamanya mengenal pasti bakat atlet di peringkat kanak-kanak menerusi sistem persekolahan kebangsaan di bawah seliaan Kementerian Pelajaran (KPM).

Dalam hubungan ini, ISN akan terus menyediakan bantuan dan kepakaran kepada MSN, KPM dan badan-badan berkepentingan yang lain samada dalam sektor awam mahupun swasta.

No comments:

Post a Comment