Wednesday, May 16, 2012

Pilihan Ong


Peringkat Akhir Negara The Chance tamat Selasa (15.5/12)  dan Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee memilih sendiri 5 pemain bola sepak untuk mewakili Malaysia di Peringkat Akhir Serantau The Chance. Mereka akan bertemu 15 pemain lain dari Thailand, Indonesia dan Singapura.

Bukan mudah untuk memilih 5 pemain tersebut, memandangkan 30 pemain bermain bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan mereka di hadapan Jurulatih Ong Kim Swee. Para pemain perlu menempuh satu siri sesi latihtubi, ini termasuk Nike SPARQ – suatu sistem latihan dan penyesuaian yang membantu membina atlet yang lebih baik dan digunakan oleh beberapa kelab bola sepak terbilang di dunia.  Seterusnya para pemain itu bermain dalam suatu perlawanan persahabatan menentang skuad bola sepak Malaysia Bawah 16 Tahun.

Akhirnya, Yuhendri B. Rosli, Mohamed Rafef B. Raya, , Thanabalan A/L Nadarajah, Carlos Benjamin Goonting, and Mohd Raphi B. Azizan dipilih untuk mewakili Malaysia ke Peringkat Akhir Serantau The Chance di Jakarta, Indonesia. Kegigihan, semangat dan kemahiran mereka telah berjaya menawan hati para jurulatih dan pencungkil bakat. 

“Dengan The Chance pihak kita telah dapat mencungkil bakat sebilangan pemain bola sepak terbaik yang terpendam di Malaysia. Juga kita mendapat kesempatan yang lebih luas untuk mencari bakat-bakat yang ada di luar sana,” ujar Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

“Tujuan The Chance ialah memberi peluang sekali seumur hidup kepada para pemain bola sepak muda ini untuk mencapai impian mereka. Sekarang 5 orang daripada mereka akan maju selangkah lagi untuk membuktikan kemampuan mereka di peringkat serantau. Nike akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan para pemain bola sepak diberi bimbingan dan peralatan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka berdepan dengan bakat-bakat terbaik di Asia Tenggara,” kata Joan Yeoh, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia.

Di peringkat akhir serantau The Chance, hanya 4 orang pemain akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir sedunia, yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol. Sejumlah 100 pemain dari 55 negara akan bertanding merebut 16 tempat, dan 16 pemain ini akan melangkah seterusnya untuk menempuh sesi jelajah latihan yang tertinggi. Dan berdepan dengan pasukan-pasukan akademi bola sepak yang termasyhur di dunia, termasuk Manchester United, Juventus dan sebuah Pasukan Kebangsaan Remaja AS.

 Daripada kumpulan 16 pemain itu, 4 akan dipilih untuk berlatih dan bermain dengan Akademi Nike. Dari situ, hanya seorang akan dipilih untuk menyertai Akademi Nike 2012/13 sepenuh masa selama tiga bulan, bermain dengan pasukan tersebut untuk mempamerkan bakat mereka kepada pencungkil bakat dan jurulatih profesional. Sejak pelancaran The Chance pada 2010, 6 daripada 8 pemenang asal yang berlatih sepenuh masa di Akademi Nike telah berjaya mendapat kontrak bermain secara profesional.


Lebih 6,000 anak muda berumur antara 16 dan 24 tahun telah mengambil bahagian dalam projek pencarian bakat seluruh negara untuk The Chance. Bakat mereka dicungkil sama ada menerusi sesi uji bakat The Chance yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah, Pasir Gudang, Johor, dan Petaling Jaya, Selangor atau menerusi Pencungkil Bakat Bergerak The Chance. Seterusnya para pemain dinilai oleh panel jurulatih dan pencungkil bakat yang diiktiraf oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment