Peringkat Akhir Negara The Chance tamat Selasa (15.5/12) dan Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee memilih sendiri 5 pemain bola
sepak untuk mewakili Malaysia di Peringkat Akhir Serantau The Chance. Mereka akan bertemu 15 pemain lain dari Thailand, Indonesia dan Singapura.
Bukan mudah untuk memilih 5 pemain tersebut,
memandangkan 30 pemain bermain bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan
mereka di hadapan Jurulatih Ong Kim Swee. Para
pemain perlu menempuh satu siri sesi latihtubi, ini termasuk Nike SPARQ – suatu sistem
latihan dan penyesuaian yang membantu membina atlet yang lebih baik dan
digunakan oleh beberapa kelab bola sepak terbilang di dunia. Seterusnya para pemain itu bermain dalam suatu
perlawanan persahabatan menentang skuad bola sepak Malaysia Bawah 16 Tahun.
Akhirnya, Yuhendri B. Rosli, Mohamed Rafef B. Raya,
, Thanabalan A/L Nadarajah, Carlos Benjamin Goonting, and Mohd Raphi B. Azizan dipilih untuk mewakili Malaysia ke
Peringkat Akhir Serantau The Chance
di Jakarta, Indonesia. Kegigihan, semangat dan kemahiran mereka telah berjaya
menawan hati para jurulatih dan pencungkil bakat.
“Dengan The
Chance pihak kita telah dapat mencungkil bakat sebilangan pemain bola sepak
terbaik yang terpendam di Malaysia.
Juga kita mendapat kesempatan yang lebih luas untuk mencari bakat-bakat yang
ada di luar sana,”
ujar Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.
“Tujuan The
Chance ialah memberi peluang sekali seumur hidup kepada para pemain bola
sepak muda ini untuk mencapai impian mereka. Sekarang 5 orang daripada mereka
akan maju selangkah lagi untuk membuktikan kemampuan mereka di peringkat
serantau. Nike akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan para pemain bola
sepak diberi bimbingan dan peralatan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka
berdepan dengan bakat-bakat terbaik di Asia Tenggara,” kata Joan Yeoh, Pengurus
Pemasaran Nike Malaysia.
Di peringkat akhir serantau The Chance, hanya 4 orang pemain akan dipilih untuk bertanding di
peringkat akhir sedunia, yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol. Sejumlah
100 pemain dari 55 negara akan bertanding merebut 16 tempat, dan 16 pemain ini
akan melangkah seterusnya untuk menempuh sesi jelajah latihan yang tertinggi.
Dan berdepan dengan pasukan-pasukan akademi bola sepak yang termasyhur di
dunia, termasuk Manchester United, Juventus dan sebuah Pasukan Kebangsaan
Remaja AS.
Daripada kumpulan 16 pemain itu, 4 akan dipilih
untuk berlatih dan bermain dengan Akademi Nike. Dari situ, hanya seorang akan
dipilih untuk menyertai Akademi Nike 2012/13 sepenuh masa selama tiga bulan,
bermain dengan pasukan tersebut untuk mempamerkan bakat mereka kepada
pencungkil bakat dan jurulatih profesional. Sejak pelancaran The Chance pada 2010, 6 daripada 8
pemenang asal yang berlatih sepenuh masa di Akademi Nike telah berjaya mendapat
kontrak bermain secara profesional.
Lebih 6,000 anak muda berumur antara 16 dan 24
tahun telah mengambil bahagian dalam projek pencarian bakat seluruh negara
untuk The Chance. Bakat mereka
dicungkil sama ada menerusi sesi uji bakat The
Chance yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah, Pasir Gudang, Johor, dan
Petaling Jaya, Selangor atau menerusi Pencungkil Bakat Bergerak The Chance. Seterusnya para pemain
dinilai oleh panel jurulatih dan pencungkil bakat yang diiktiraf oleh Persatuan
Bola Sepak Malaysia.