Tuesday, October 5, 2010

Symposium of Sports Health

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM) akan menganjurkan Symposium of Sports Health In Industry pada 20 Oktober 2010. Simposium ini akan diadakan di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Untuk makluman tuan/ puan, objektif utama simposium ini ialah untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan ahli-ahli korporat dari segi perubatan, kecederaan, nutrisi dan program suaian fizikal supaya lebih  professional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, ia juga diharap dapat menggalakkan rakyat terlibat secara aktif di dalam  sukan  dan  rekreasi  agar   faedahnya   dapat   dirasai di seluruh  negara.

Konvensyen ini terdiri daripada jemputan  khas  "by  invitation  only",   mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri  sukan seperti syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLCs), pengeluar,  pembekal, bank, insuran dan guaman serta badan bukan kerajaan (NGOs).

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menghadiri simposium ini di samping membina hubungan di kalangan peserta lain. Kerjasama tuan/puan atau wakil adalah dipohon untuk mengesahkan penyertaan dengan menghubungi sekretariat Puan Syarifah Fathynah syed shiekh di talian 03 8992 9960 atau Cik Chia Su Ping di talian 03  8992 9759 atau En John Chandra Lingesh di talian 03 8992 9790.

Tuan/puan juga boleh melayari laman web kami di www.isn.gov.my atau menghantar email di sshi@isn.gov.my atau fax di talian 03 8996 8748 (Att: Puan Normila Ismail) selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Oktober 2010 untuk tujuan menyelaras urusan pendaftaran.

No comments:

Post a Comment