Saya, Lt Jen Dato’ Azzuddin Ahmad (Bersara), Setiausaha Agung Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM), ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima surat
perlantikkan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak ASEAN (AFF) dari
KDYMM Sultan Ahmad Shah, Presiden AFF, pada hari Ahad 23 Jun 2013, untuk
mengisi jawatan Setiausaha Agung AFF mulai 1 Julai 2013.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan ribuan terima kasih kepada semua Editor, Penerbit dan wartawan sukan
media cetak dan elektronik, yang telah memberi kerjasama dan bantuan dari segi
terutamanya liputan sukan bolasepak Negara sejak saya menjawat jawatan
Setiausaha Agung FAM pada 17 September 2007 sehingga sekarang.
Saya mengambil
iktibar dari semua kritikan yang membina dan menerima semua kritikan negatif
dengan hakikat di dalam apa jua isu wujudnya pendapat dan fahaman yang
berlainan.
Seterusnya, saya memohon ribuan maaf sekiranya di dalam jawatan
Setiausaha Agung FAM, saya terkasar bahasa dan tersalah laku terhadap mana-mana
pihak.
Akhir kata, adalah diharapkan saya akan dapat kerjasama dan bantuan dari
semua pihak di dalam jawatan baru saya.
Sekian, terima kasih.